Bismillahirrohmanirrohiim
Definisi syukur :
- Iaitu
mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan
segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu
wata‘ala.
- Tiap-tiap
nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada
makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti
nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh
yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat
tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah subhanahu wata‘ala.
- Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.
- Tawakkal
- Iaitu
menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara
yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu
wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.
- Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.
Wallahu a`lam
Mahabbah
- Iaitu kasihkan Allah subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.
- Kasihkan Allah ialah dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar